Penerangan
18 JUN 2022, Sungai Udang Yan, Kedah
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah mengadakan Program Kesedaran Komuniti Terhadap Pencegahan Pembakaran Terbuka Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022.
YB. Dr. Robert Ling Kui Ee, Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina & Siam Negeri Kedah telah hadir menyempurnakan perasmian program tersebut di Komuniti Nelayan, Sungai Udang, Yan Kedah.
Turut hadir YBrs. Encik Norazizi bin Adinan (Pengarah JAS Negeri Kedah), Pengarah Perikanan Negeri Kedah, Pegawai Hutan Daerah Kedah Tengah, wakil Rakan Strategik iaitu Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd serta Rakan Alam Sekitar (RAS) daripada Komuniti Nelayan Sungai Udang Yan, Sekolah Menengah Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani serta Sekolah Kebangsaan Ayer Merah, Kulim.
Antara pengisian aktiviti dalam program ini adalah aktiviti penanaman anak pokok bakau di Sungai Udang, Yan. Aktiviti ini juga merupakan antara aktiviti untuk manggalakkan masyarakat di dalam usaha mencegah pembakaran terbuka di kalangan masyarakat serta menggalakkan masyarakat terus menanam pokok demi kesejahteraan bumi.