PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Air Sedunia (HAS)

Program KUDAH (Kutip Sampah Sambil Riadah) Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022

DOE Kedah 01/07/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program KUDAH (Kutip Sampah Sambil Riadah) Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/06/2022
Organisasi
DOE Kedah

Penerangan

18 JUN 2022, Sungai Udang, Yan, Kedah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah mengadakan Program Kesedaran Komuniti Terhadap Pencegahan Pembakaran Terbuka Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022. YB. Dr. Robert Ling Kui Ee, Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina & Siam Negeri Kedah telah hadir menyempurnakan perasmian program tersebut di Komuniti Nelayan, Sungai Udang, Yan Kedah. Turut hadir YBrs. Encik Norazizi bin Adinan (Pengarah JAS Negeri Kedah), Pengarah Perikanan Negeri Kedah, Pegawai Hutan Daerah Kedah Tengah, wakil Rakan Strategik iaitu Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd serta Rakan Alam Sekitar (RAS) daripada Komuniti Nelayan Sungai Udang Yan, Sekolah Menengah Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani serta Sekolah Kebangsaan Ayer Merah, Kulim. Program KUDAH merupakan pengisian sampingan program bagi menggalakkan orang ramai menjalankan aktiviti riadah sambil menjalankan aktiviti pengumpulan sisa atau sampah sarap dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat agar sama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar ini.