Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

Majlis Perasmian Program Jelajah Rakan Alam Sekitar Di Bawah Program Komuniti Pencegahan Dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 Peringkat Negeri Sarawak

Oleh charlie · 01/07/2022 · 0 paparan

26 Jun 2022, Kapit- Majlis Perasmian Program Jelajah Rakan Alam Sekitar Di Bawah Program Komuniti Pencegahan & Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 Peringkat Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Rolyn Anak Terrance Janting mewakili Residen Bahagian Kapit di Rumah Undi Nanga Plak Sg Bena Sut, Kapit. Program Jelajah Rakan Alam Sekitar tersebut adalah anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dengan kerjasama JKKK Rumah Undi Nanga Plak Sg Bena Sut dan pelbagai agensi/jabatan di Bahagian Kapit. Majlis turut dihadiri wakil/ketua jabatan dari agensi/jabatan persekutuan dan negeri, serta komuniti rumah-rumah panjang berhampiran. Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada hari ini melibatkan majlis perasmian Program Jelajah Rakan Alam Sekitar, pameran dan ceramah daripada pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sibu, Majlis Daerah Kapit, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kapit dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit. Selepas berakhirnya majlis perasmian berkenaan, para peserta Jelajah Rakan Alam Sekitar turut dijemput hadir bersama ke majlis Ngiling Bidai bersempena berakhirnya sambutan Hari Gawai yang turut diserikan dengan kehadiran YB Encik Wilson Nyabong Anak Ijang, ADUN N.61 Pelagus.

Penganjur
DOE Sarawak
Fail / Media (19)
  • 20231511172604379.jpg .jpg Buka
  • 20231511172604417.jpg .jpg Buka
  • 20231511172604444.jpg .jpg Buka
  • 20231511172604485.jpg .jpg Buka
  • 20231511172604526.jpg .jpg Buka
  • 20231511172604578.jpg .jpg Buka
  • 20231511172604620.jpg .jpg Buka
  • 20231511172604693.jpg .jpg Buka
  • 20231511172604731.jpg .jpg Buka
  • 20231511172604768.jpg .jpg Buka
  • 20231511172604805.jpg .jpg Buka
  • 20231511172604839.jpg .jpg Buka
  • 20231511172604872.jpg .jpg Buka
  • 20231511172604915.jpg .jpg Buka
  • 20231511172604956.jpg .jpg Buka
  • 20231511172604995.jpg .jpg Buka
  • 20231511172605029.jpg .jpg Buka
  • 20231511172605068.jpg .jpg Buka
  • 20231511172605108.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS