Penerangan
KUALA TERENGGANU, 29 JUN 2022- Pemerkasaan Pematuhan Kendiri Terpimpin (GSR) kepada kilang kelapa sawit yang beroperasi di negeri ini antara objektif utama Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, menganjurkan seminar bertajuk “SEMINAR TEKNOLOGI RAWATAN AIR SISA DAN AMALAN PENGELUARAN BERSIH BAGI PREMIS YANG DILESENKAN (PYDT) KILANG KELAPA SAWIT”.
Pengarah Jabatan Alam sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, dalam ucapan perasmian seminar ini, beliau memohon agar semua kilang kelapa sawit dapat memainkan peranan masing-masing dengan memberikan komitmen yang berterusan terhadap pengurusan dan pemeliharaan alam sekitar yang lebih baik.
Tambahan beliau lagi , jaringan komunikasi dan sesi sebegini rupa dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menjelaskan komitmen semua pihak, khususnya di Terengganu, seiring dengan peningkatan kualiti alam sekitar demi kesejahteraan hidup generasi masa kini dan akan datang.