Penerangan
KUALA TERENGGANU, 25 JUN 2022: – JAS Terengganu telah berjaya menganjurkan Program “Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) dari Isirumah, Daerah Kuala Nerus”, dengan kerjasama dan sokongan yang padu dripada pusat perniagaan Sabasun HyperRuncit, dan Syarikat KT Wan Recycle Sdn. Bhd.
Program ini telah diadakan di Tapak Pusat Perniagaan Sabasun HyoerRuncit, GHong Badak Kuala Terengganu Program yang bermula pada 9:00 pagi hingga 1:00 tengahari berjaya mengutip e-waste berjumlah 693 kg.
Sambutan pengunjungan pusat perniagaan ini, menunjukkan orang awam telah sama-sama menyokong usaha-usaha dan komitmen berterusan Jabatan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Terengganu tentang bahaya buangan e-waste ini, sekiranya dilupuskan di tempat yang tidak sesuai seperti tapak pelupusan sampah awam.
JAS Terengganu merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama ini dalam memastikan e-waste ini diuruskan dan dilupuskan dengan betul dan selamat.