PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2022, BERSAMA KOMUNITI TANAH GAMBUT, LEMBAH BIDONG, SETIU, TERENGGANU

DOE Terengganu 29/06/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2022, BERSAMA KOMUNITI TANAH GAMBUT, LEMBAH BIDONG, SETIU, TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/06/2022
Organisasi
DOE Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 20 Jun 2022- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. telah berjaya  menganjurkan Program Komuniti Tanah Gambut,di Lembah Bidong, Setiu, Terengganu. Program yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022, Peringkat Negeri Terengganu dengan tema: “Hanya Satu Bumi” ini juga telah mendapat sokongan pelbagai Jabatan dan agensi serta masyarakat setempat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman , Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu di Tapak Pejabat Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. Setiu. Pelbagai aktiviti telah  dianjurkan iaitu lawatan ke lokasi Infrastruktur Tanah Gambut bagi tujuan Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut bersama komuniti setempat, taklimat peranan Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Selain itu, aktiviti pelepasan  7,000 anak ikan Lampam Sungai dan 9,000 anak ikan terbul dan aktiviti tanam pokok.juga  Berjaya dianjurkan Antara intipati ucapan perasmian Tuan Pengarah JAS Terengganu, beliau yakin program ini telah dapat memberi peluang kepada semua komuniti setempat untuk mengambil bahagian dan tindakan bersama bagi menggalakkan perlindungan terhadap iklim, menggunakan sumber dengan lestari serta mengamalkan gaya hidup yang mesra alam untuk kita terus memelihara bumi kita yang satu ini.