- Tajuk
- PROGRAM DENAI SUNGAI KEBANGSAAN- PELEPASAN 7,000 ANAK IKAN LAMPANG SUNGAI DAN 9000 ANAK DI SUNGAI MERANG, SETIU, BERSEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2022, BERSAMA KOMUNITI TANAH GAMBUT, LEMBAH BIDONG, SETIU, TERENGGANU
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 29/06/2022
- Organisasi
- DOE Terengganu
Penerangan
KUALA TERENGGANU, 20 Jun 2022- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Program Denai sungai Kebangsaan bagi Sungai Merang, Setiu bersekali dengan Program Komuniti Tanah Gambut,di Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.
Program yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022, Peringkat Negeri Terengganu dengan tema: “Hanya Satu Bumi” ini juga telah mendapat sokongan pelbagai Jabatan dan agensi serta masyarakat setempat.
Aktiviti pelepasan 7,000 anak ikan Lampam Sungai dan 9,000 anak ikan terbul dan aktiviti tanam pokok.juga Berjaya dianjurkan
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah JAS Terengganu , Ramli bin Abd. Rahman . Antara intipati ucapan perasmian Tuan Pengarah JAS Terengganu, beliau yakin program ini telah dapat memberi peluang kepada semua komuniti setempat untuk mengambil bahagian dan tindakan bersama bagi menggalakkan perlindungan terhadap iklim, menggunakan sumber dengan lestari serta mengamalkan gaya hidup yang mesra alam untuk kita terus memelihara bumi kita yang satu ini.