Penerangan
KUALA TERENGGANU, 24 Jun 2022 – Kempen “Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik dari Isirumah, anjuran UITM, Cawangan Terengganu, Kampus Kuala Terengganu, dengan kerjasama dan sokongan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Syarikat KT Wan Recycle Sdn. Bhd terus mendapat sambutan.
Program ini telah diadakan di Kolej Kerawang, UITM, Kampus Kuala Terengganu. Program yang bermula pada 9 pagi hingga 12 tengahari berjaya mengutip e-waste berjumlah 900 kg.
Sambutan yang berterusan menunjukkan orang awam telah sedar akan bahaya buangan e-waste ini, sekiranya dilupuskan di tempat yang tidak sesuai seperti tapak pelupusan sampah awam.
JAS Terengganu akan terus bekerjasama dan menyokong usaha-usaha perlbagai pihak untuk memastikan e-waste ini diuruskan dan dilupuskan dengan betul dan selamat.