Penerangan
AKTIVITI SENAM ROBIK DAN SUKANEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022
26 Jun 2022, Serting - JAS Negeri Sembilan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara Cawangan Seremban dan enam kampung tradisi di Serting telah mengadakan aktiviti senamrobik dan sukaneka sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 di Dataran Denai Sungai Serting, Kampung Datuk Johan, Jempol, Negeri Sembilan hari ini.
Sambutan ini dianjurkan bersekali dengan Program Komuniti Bagi Mempromosikan Larangan Pembakaran Terbuka dan Kebakaran Tanah Gambut.