PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

Majlis Pelancaran Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2022 Peringkat Negeri Sarawak

JAS SARAWAK 01/07/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Majlis Pelancaran Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2022 Peringkat Negeri Sarawak
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/06/2022
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

18 Jun 2022, Serian - Majlis Pelancaran Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2022 Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan dengan jayanya di Dewan Kampung Stabut, Serian. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Mahyuddin Hafiz Bin Mohamad, wakil Residen Bahagian Serian dan turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, General Manager, Health, Safety and Health Sarawak Energy Berhad (SEB),Ketua Kaum Kampung Stabut dan wakil-wakil dari agensi/jabatan kerajaan persekutuan dan negeri serta penduduk Kampung Stabut. Program tersebut adalah anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan kerjasama JKKK Kampung Stabut. Antara pengisian program adalah: 1) Ceramah Kebersihan dan Keselamatan Sungai di Sarawak oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak 2) Demonstrasi Pembuatan Baja Kompos dari Sisa Makanan Isi Rumah oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak 3) Taklimat Sistem Tagang oleh Jabatan Pertanian Sarawak 4) Program Kebersihan dan Pengindahan Sungai Serin 5) Demonstrasi Persampelan Alat Pengawasan Sungai (YSI Pro DSS Multiparameter) Program DSK ini diharapkan dapat memberi impak yang besar kepada masyarakat di dalam usaha-usaha perlindungan dan pemuliharaan sungai di Negeri Sarawak. #KementerianAlamSekitarDanAir #alamsekitartanggungjawabbersama #harialamsekitarsedunia #onlyoneearth #jabatanalamsekitar #jassarawak