Penerangan
4 Jun 2022 (Sabtu), JAS Pulau Pinang bersama-sama YB Dato’ Mansor bin Haji Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air telah menyempurnakan majlis penanaman pokok bakau bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Pusat Pendidikan Kecil Hutan Paya Laut Sungai Acheh, Nibong Tebal. Program tersebut diadakan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan Kelab Belia Prihatin dimana 500 pokok bakau telah ditanam pada hari tersebut.