PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (E-WASTE) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2022 PERINGKAT NEGERI PERAK

DOE Perak 28/07/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (E-WASTE) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2022 PERINGKAT NEGERI PERAK
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
17/06/2022
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

IPOH, 8 Jun 2022 - Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, YBrs. Haji Rosli Bin Zul pada hari ini telah merasmikan Majlis Perasmian Pelancaran Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-waste) Peringkat Negeri Perak bertempat di Hotel Travelodge dekat sini. Majlis perasmian tersebut turut diadakan bersama program Seminar Larangan Pembakaran Terbuka sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Antara tetamu kehormat yang hadir termasuklah wakil Jabatan Pendidikan Negeri Perak, YBrs. Ustaz Suhaimi Bin Mohd Samuri dan wakil Jabatan Agama Islam Perak, YBrs. Tuan Mohd Noor Bin Ahmad Zubir. Seramai 100 peserta yang merupakan wakil dari agensi Kerajaan Negeri Perak seperti Pejabat Tanah dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Pendidikan Daerah serta 6 Rakan Strategik telah menyertai Seminar dan Majlis Pelancaran tersebut. Mallis Perasmian Pelancaran ini diadakan dengan matlamat mencetuskan kesedaran di kalangan masyarakat awam di Negeri Perak terhadap pengurusan buangan elektrik dan elektronik ( ewaste ) yang sepatutnya dan kepentingan seterusnya meningkatkan kesedaran awam dalam menjaga alam sekitar. Majlis sebegini juga ianya diharapkan dapat mewujudkan satu jalinan kerjasama di antara agensi-agensi di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak yang berkepentingan dalam usaha-usaha pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar di Perak dan seterusnya menerapkan nilai-nilai murni alam sekitar selaras dengan dasar kerajaan negeri dengan tema "PERAK BUMI LESTARI''.