PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

PROGRAM FORUM KAMPUS HIJAU BERTAJUK: BUDAYA EKO-KAMPUS BERSEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2022 ANJURAN KOLEJ PENDITA ZAABA (KPZ), DI KPZ UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM), SERDANG.

DOE WP Kuala Lumpur 17/06/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM FORUM KAMPUS HIJAU BERTAJUK: BUDAYA EKO-KAMPUS BERSEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2022 ANJURAN KOLEJ PENDITA ZAABA (KPZ), DI KPZ UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM), SERDANG.
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
17/06/2022
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

10 JUN 2022, KUALA LUMPUR -Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput sebagai ahli panel pada program Forum Kampus Hijau bertajuk Budaya Eko-Kampus anjuran KPZ, UPM, Serdang. Program ini telah dihadiri seramai 150 orang mahasiswa UPM, Serdang. Encik Zulfadzli bin Zakaria, BCK., MY-CISEC selaku Ketua Penolong Pengarah (Operasi), JASWPKL dan ahli-ahli panel yang lain telah membentang beberapa intipati penting antaranya: 1. Pelaksanaan budaya eko-kampus 2. Bagaimana mahasiswa dapat mengaplikasikan amalan hijau dalam rutin kehidupan 3. Kesedaran dan penglibatan awam terutamanya mahasiswa merupakan tunjang utama bagi merealisasikan budaya eko-kampus 4. Kebaikan apabila mengamalkan budaya eko-kampus. 5. Bagaimana budaya eko-kampus dapat menjadi medium bagi mencapai Matlamat Pembangunan yang Mampan (Sustainable Development Goals) 6. Warga kampus khususnya mahasiswa merupakan agen perubahan yang penting bagi membentuk masyarakat yang lestari apabila bergraduat kelak. Program yang bermula dari jam 8.30 malam hingga 10.00 malam ini telah berjaya memberikan kesedaran dan kefahaman yang jitu terhadap Budaya Eko-Kampus kepada semua mahasiswa UPM yang hadir. Diakhir program semua isu-isu dan persoalan yang dibangkitkan oleh para mahasiswa telah diperjelaskan dengan baik melalui sesi soal-jawab.