Penerangan
Pasir Gudang, 21 Mei 2022 : Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor bersama agensi seperti JPS dan MBPG telah melaksanakan program KUDAH sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022. Lokasi aktiviti dijalankan adalah di Denai Sungai Kebangsaan Sg Kim Kim disertai oleh Penduduk Kg Bukit Pulai. Aktiviti KUDAH ini diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar iaitu En Wan Abdul Latif Wan Jaafar dan disertai juga oleh Pengarah-pengarah bahagian di Ibu Pejabat.
Sebanyak 50 Kg sampah telah berjaya dikutip sepanjang program ini berlangsung.