PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

Bengkel Pengenalan Modul Kelab Alam Sekitar Sekolah (KASS) & Perkongsian Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2020/2022 Sempena Sambutan Hari Bumi 2022

JAS SARAWAK 31/05/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Bengkel Pengenalan Modul Kelab Alam Sekitar Sekolah (KASS) & Perkongsian Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2020/2022 Sempena Sambutan Hari Bumi 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/05/2022
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

26 April 2022, Kuching - Bengkel Pengenalan Modul Kelab Alam Sekitar Sekolah (KASS) & Perkongsian Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2020/2022 Sempena Sambutan Hari Bumi 2022 telah diadakan dengan jayanya secara maya yang telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah terpilih di Negeri Sarawak. Bengkel tersebut merupakan anjuran Bahagian Komunikasi Strategik, JAS Ibu Pejabat dengan kerjasama JAS Negeri Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Bengkel tersebut bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan modul Kelab Alam Sekitar Sekolah (KASS) dan memberikan penerangan lanjut mengenai penyediaan pelaporan SLAAS kepada wakil-wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah dan guru-guru pembimbing di dalam membangunkan Kelab Alam Sekitar Sekolah dan juga untuk meningkatkan penyertaan sekolah dari Negeri Sarawak di dalam SLAAS bagi sesi 2020/2022.