Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

Sejumlah 63.25 Tan Metrik (MT) Buangan Elektrikal Dan Elektronik (BEE) Berjaya Dikumpul Sempena Sambutan Hari Bumi 2022

Oleh charlie · 31/05/2022 · 0 paparan

23 April 2022, Kuching - Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) Sempena Sambutan Hari Bumi 2022 telah diadakan dengan jayanya di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wee Hong Seng, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan dan turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Controller Kualiti Alam Sekeliling, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan para pegawai dari pelbagai kementerian/agensi/jabatan di Negeri Sarawak. Majlis tersebut merupakan anjuran bersama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak (MUDeNR), Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan & Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). Kempen Pengumpulan BEE tersebut telah dijalankan bermula 22 - 23 April 2022 dan jumlah BEE yang berjaya dikumpulkan di sepanjang kempen yang berlangsung selama dua hari berkenaan adalah sebanyak 63.25 tan metrik. "INVEST IN OUR PLANET" "E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"

Penganjur
DOE Sarawak
Fail / Media (23)
  • 20231511172539455.jpg .jpg Buka
  • 20231511172539568.jpg .jpg Buka
  • 20231511172539671.jpg .jpg Buka
  • 20231511172539711.jpg .jpg Buka
  • 20231511172539805.jpg .jpg Buka
  • 20231511172539890.jpg .jpg Buka
  • 20231511172539966.jpg .jpg Buka
  • 20231511172540045.jpg .jpg Buka
  • 20231511172540145.jpg .jpg Buka
  • 20231511172540379.jpg .jpg Buka
  • 20231511172540460.jpg .jpg Buka
  • 20231511172540555.jpg .jpg Buka
  • 20231511172540665.jpg .jpg Buka
  • 20231511172540743.jpg .jpg Buka
  • 20231511172540821.jpg .jpg Buka
  • 20231511172540904.jpg .jpg Buka
  • 20231511172541010.jpg .jpg Buka
  • 20231511172541108.jpg .jpg Buka
  • 20231511172541202.jpg .jpg Buka
  • 20231511172541311.jpg .jpg Buka
  • 20231511172541405.jpg .jpg Buka
  • 20231511172541520.jpg .jpg Buka
  • 20231511172541603.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS