PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

Program Penanaman Pokok ‘1RAS 1pokok’ Dan Denai Sungai Kebangsaan Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2022 Di Bintulu, Sarawak

JAS SARAWAK 31/05/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Penanaman Pokok ‘1RAS 1pokok’ Dan Denai Sungai Kebangsaan Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2022 Di Bintulu, Sarawak
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/05/2022
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

BINTULU, 19 Mei 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah mengadakan satu program penanaman pokok ‘1 RAS 1 Pokok’ dan Denai Sungai Kebangsaan sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2022 peringkat Bahagian Bintulu, Sarawak. Objektif program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai perubahan iklim dan kepentingan penjagaan alam sekitar disamping menghargai fungsi ekosistem hutan untuk terus dipelihara. Pengisian program tersebut adalah melibatkan ceramah kesedaran alam sekitar dan aktiviti penanaman 250 anak pokok dari dua spesies tempatan iaitu Engkabang Jantung (Shorea macrophylla) dan Plajau (Pentaspadon motleyi) telah berjaya ditanam bertempat di Hutan Simpan Nirwana, Bintulu. Di samping itu, gotong-royong pembersihan anak sungai dan pemantauan kualiti air sungai juga telah dijalankan bagi memulihara kepelbagaian biodiversiti di kawasan hutan simpan tersebut. Program ini juga telah mendapat kerjasama baik daripada sektor industri sebagai rakan strategik JAS iaitu DD Palm Oil Mill, PSS Palm Oil Mill dan Borneo Agro Resources Palm Oil Mill. Menariknya, seramai 80 orang peserta terdiri daripada ahli RAS, wakil agensi kerajaan, pelajar IPTA dan kakitangan kilang kelapa sawit telah terlibat dan bersama-sama menjayakan program kesedaran alam sekitar ini. Program ini telah dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak KKM dan MKN.