PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

Program Infa Tanah Gambut Sempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Nrgeri Terengganu 2022

DOE Terengganu 29/05/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Infa Tanah Gambut Sempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Nrgeri Terengganu 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/05/2022
Organisasi
DOE Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 21 Mei 2022- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu bersama rakan strategik, daripada Petronas Gas Sdn. Bhd, Syarikat Awie Metal Sdn. Bhd, Syarikat NKH Bio Solution Sdn. Bhd. dan Syarikat China Communication Consruction (ECRL) Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Program Komuniti Tanah Gambut. Program dianjurkan bersempena sambutan Hari Bumi Peringakt Negeri Terengganu denan tema: Invest in Our Planet” ini juga telah mendapat sokongan pelbagai jabatan dan agensi serta masyarakat setempat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun. Antara aktiviti  yang  dianjurkan, iaitu lawatan ke lokasi Infrastruktur Tanah Gambut bagi  tujuan Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut bersama komuniti setempat dan taklimat peranan pelbagai Jabatan/Agensi. Antara intipati ucapan perasmian, beliau optimis, dengan  penglibatan semua dalam program-program ini, terutamanya dari kalangan generasi muda memberi keyakinan bahawa usaha untuk mempertahankan persekitaran ini tidak sia-sia malahan kesedaran ini akan berkembang di kalangan masyarakat dan komuniti setempat.