PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara · Sambutan Hari Bumi

SAMBUTAN HARI BUMI SEDUNIA DAN 'SOFT LAUNCH' HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI PERAK

DOE Perak 22/05/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI BUMI SEDUNIA DAN 'SOFT LAUNCH' HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI PERAK
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
22/05/2022
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

22 April 2022, IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah mengadakan program sambutan Hari Bumi Sedunia dan 'Soft Launch' Hari Alam Sekitar Negara 2022 Peringkat Negeri Perak bertempat di Taman DR Seenivasagam dekat sini. Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YB Mohd Akmal Bin Kamarudin. Program ini telah dihadiri oleh Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Hai Rosli Bin Zul, Pegawai Daerah dan Tanah Kinta, Encik Meor Hezbullah bin Meor Abd Malik, Timbalan Ketua Pengarah PLANMalaysia, Ahli-Ahli Majlis MBI, Ketua-ketua Jabatan MBI dan Pegawai-pegawai Kanan dari Agensi Kerajaam Persekutuan dan Negeri. Majlis Bandaraya Ipoh telah diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah bersama Jabatan Alam Sekitar bagi Pelancaran Sambutan Hari Bumi Sedunia pada 22 April dan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Peringkat Negeri Perak pada bulan Oktober 2022. Tema sambutan Hari Bumi Sedunia “INVEST IN OUR PLANET” dan tema sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022 “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, melalui penganjuran program yang berkaitan dengan alam sekitar ianya diharapkan dapat mewujudkan satu jalinan kerjasama di antara agensi-agensi di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak yang berkepentingan dalam usaha-usaha pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar di Negeri Perak, seterusnya menerapkan nilai-nilai murni alam sekitar selaras dengan dasar kerajaan negeri dengan tema “PERAK BUMI LESTARI”. Sehubungan dengan itu, MBI dengan kerjasama dengan Institusi pendidikan tinggi iaitu Fakulti Rekabentuk & Senibina UITM Seri Iskandar, Fakulti Rekabentuk Senibina UPM, agensi kerajaan iaitu Jabatan Alam Sekitar Dan Kerajaan Tempatan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang aktif dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar telah merancang pelbagai aktiviti seperti Penyerahan Laporan “Kajian Pemeliharaan Pokok di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Mengikut Peruntukan Bahagian VA Akta 172, Penyerahan Buku “Rewilding Ipoh, The Landscape Architecture Perspective, Penyerahan QR Code Kajian Sejarah Sungai Kinta, Penyerahan Taman Kebun, Penyerahan Eco Bricks, aktiviti 'Nature Appreciation', aktiviti pelepasan anak ikan dan penanaman pokok serta Pelancaran Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik ( E-waste) Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh. Program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) ini akan bermula pada 22 April 2022 dan lokasi pengumpulan ialah di perkarangan pintu masuk Taman D.R Seenivasagam bermula jam 8.00 pagi hingg 1.00 petang dan akan berterusan pada setiap hari SABTU dan AHAD minggu Ke - 3 setiap bulan mulai 21 Mei 2022 hingga 30 November 2022 di lima ( 5 ) lokasi terpilih mengikut kawasan parlimen seperti berikut :- Parlimen Ipoh Barat Kawasan Rukun Tetangga Bercham 8.00 am – 1.00 pm Parlimen Batu Gajah Dewan Orang Ramai Jelapang 8.00 am – 1.00 pm Parlimen Ipoh Timur Dewan Komuniti Pasir Pinji 8.00 am – 1.00 pm Parlimen Gopeng Tapak Pasar Malam Rapat Setia 8.00 am – 1.00 pm Parlimen Tambun Rukun Tetangga Padang Lintau Manjoi. 8.00 am – 1.00 pm Kempen pengumpulan E-Waste ini dijalankan bersama kontraktor pengumpulan E-Waste berlesen yang telah dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu Syarikat Edsha Solution Sdn. Bhd. Hadiah Cabutan Bertuah bernilai RM 10,000.00 turut disediakan kepada semua peserta yang menghantar buangan elektrik dan elektronik (e-waste) untuk dimenangi.