PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Air Sedunia (HAS)

KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (E-WASTE) DI IPOH

DOE Perak 22/05/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (E-WASTE) DI IPOH
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
22/05/2022
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

IPOH, 21 Mei 2022 - Majlis Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan kempen pengumpulan buangan elektrik & elektronik (e-waste) di lima lokasi terpilih di Ipoh secara serentak. Lima lokasi tersebut adalah Kawasan Rukun Tetangga Bercham, Dewan Orang Ramai Jelapang, Dewan Komuniti Pasir Pinji, Tapak Pasar Malam Rapat Setia dan Rukun Tetangga Padang Lintau Manjoi. Jumlah berat e-waste yang berjaya dikumpulkan pada hari ini adalah 1.5 tan metrik. Ini menunjukkan orang ramai semakin sedar dan cakna dengan kepentingan melupuskan e-waste dengan cara yang betul, selamat dan mesra alam. Usaha murni ini turut mendapat sokongan penuh dari Rakan Srategik Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Edsha Solutions Sdn Bhd.