Oleh za · 29/04/2022 · 0 paparan
KUALA TERENGGANU, 27 April 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menganjurkan Webinar Pemantapan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS), Sempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Terengganu 2022. Program ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kehadiran para peserta yang terdiri daripada Pegawai JPNT, Pegawai Pendidikan Daerah, guru-guru sekolah menengah dan sekolah kebangsaan di negeri ini melebihi sasaran iaitu seramai 200 orang. YBrs. Encik Ramli Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu telah menyampaikan ucapan sempena perasmian program. Hadir sama Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Timbalan Pengarah (Operasi) dan Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) serta pegawai-pegawai kanan JAS Terengganu. Antara intipati ucapan yang disampaikan oleh Tuan Pengarah pada majlis ini, selain merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, beliau turut menyampaikan Amanat Ketua Pengarah Alam Sekitar pada sambutan Hari Bumi Peringkat Kebangsaan baru-baru ini yang menyeru semua rakyat Malaysia untuk menjadi ejen perubahan dan memperkasakan komitmen kita sepenuhnya sebagai individu ke arah kelestarian alam sekitar dan menjadikan amalan hidup lestari dalam gaya hidup seharian sebagai pencetus pembudayaan mesra alam di kalangan ahli keluarga serta masyarakat di sekeliling kita. Beliau juga turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan penceramah, Puan Zuraini binti Siam,daripada Bahagian Komunikasi Strategik ,Ibu Pejabat JAS Putrajaya, Puan Fun Bee Lee, Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC ) Kuala Kemaman dan Puan Rosilawani binti Yaacob, guru SMK Padang Midin, Kuala Terengganu. Semoga dengan usaha dan komitmen yang diberikan akan menjadikan sekolah-sekolah di negeri ini, tersenarai sebagai Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar sekaligus melahirkan generasi pewaris yang bermanfaat.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup