Penerangan
22 April 2022 (Jumaat), Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Hari Bumi 2022. Antara aktiviti adalah bacaan Ikrar Alam Sekitar oleh pelajar-pelajar Tabika Perpaduan Wisma Persekutuan, Kepala Batas. Ikrar ini diketuai oleh adik Muhammad Irfan bin Mohd Faisol dan disaksikan oleh pengarah JAS Pulau Pinang, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab dan wakil Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Seberang Perai Utara