Penerangan
MAJLIS PENUTUP MINGGU 'LOVE NATURE' ANJURAN SEKOLAH SWASTA SUMMIT 2 SEREMBAN 2
22 April 2022, Seremban - JAS Negeri Sembilan telah dijemput merasmikan Majlis Penutup Minggu 'Love Nature' yang dianjurkan oleh Sekolah Swasta Summit 2 Seremban 2.
Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Operasi 2, JAS Negeri Sembilan iaitu Encik Mohd Asri bin Ramli.
Program Minggu 'Love Nature' yang bermula pada 18 April hingga 22 April 2022 ini merupakan anjuran kerjasama JAS Negeri Sembilan dan SWM Environment Negeri Sembilan.