Penerangan
IPOH, 24 Mac 2022 – Seramai lima puluh wakil sekolah dari seluruh Perak telah hadir di dalam Bengkel Pemantapan Promosi Penyertaan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sempena Hari Bumi Sedunia 2022 bertempat di Hotel Travelodge, Ipoh pada hari ini. Bengkel ini dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan jaringan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Encik Abdul Aziz Bin Parmin telah merasmikan bengkel pemantapan tersebut. Turut hadir bersama adalah Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Encik Aznan Bin Haji Alias, Encik Muhamad Rizal Bin Ramli dari JAS Perak.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Mac2022