Oleh norza · 01/04/2022 · 0 paparan
4 Mac 2022, IPOH – Satu sesi libat urus Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijalankan bersama dengan wakil Dewan Perniagaan & Perindustrian China Perak. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Pembangunan JAS Perak, Encik Muhamad Rizal Bin Ramli membincangkan jalinan kerjasama yang boleh dibentuk melalui program sambutan Hari Alam Sekitar Negara bagi tahun 2022. Jalinan kerjasama ini akan meningkatkan dan mengukuhkan lagi hubungan antara JAS dengan industri, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Turut hadir bersama di dalam sesi tersebut termasuklah Penolong Pengarah Kanan JAS Perak, Encik Mohamad Zamzani Bin Ibrahim dan pegawai Seksyen Pendidikan JAS Perak. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jasperak #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperak_Mac2022
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup