Oleh norza · 01/04/2022 · 0 paparan
4 Mac 2022, IPOH – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak pada hari ini sekali lagi mendapat peluang untuk menyampaikan taklimat pelaksanaan program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2022 kepada lima puluh enam wakil sekolah dari seluruh Perak secara atas talian. Taklimat ini disampaikan dalam program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak sebagai usaha memperhebatkan lagi langkah mempromosi bagi penyertaan sekolah-sekolah dari seluruh Perak di dalam program penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2020 - 2022. Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan JAS Perak, Encik Mohamad Zamzani Bin Ibrahim. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jasperak #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperak_Mac2022
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup