Penerangan
15 Mac 2022, Serian- Mesyuarat dan lawatan tapak telah diadakan di Lubok Ria, Serian pada hari ini bagi memperhalusi perjalanan kempen 1RAS 1Pokok.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Negeri Sarawak dan turut dihadiri wakil dari Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Pertanian Sarawak, Sarawak Energy Berhad (SEB) dan para penduduk kampung.
Mesyuarat kemudiannya disusuli dengan kerja-kerja membersihkan kawasan admin building bagi persediaan majlis pelancaran yang akan diadakan pada 19 Mac 2022.
Anak-anak pokok buah dan pokok hutan disumbangkan oleh Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Pertanian Sarawak dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi Program 1RAS 1Pokok pada kali ini.