Oleh charlie · 31/03/2022 · 0 paparan
19 Mac 2022, Serian - Ahli-ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) pada hari ini telah memeriahkan kawasan Lubok Ria, Serian dengan acara penanaman 150 anak-anak pokok yang terdiri daripada pokok hutan dan pokok buah-buahan di dalam Majlis Pelancaran Kempen 1RAS 1Pokok Dan Program Komuniti Pencegahan & Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Sempena Sambutan Hari Bumi 2022 Peringkat Negeri Sarawak. Majlis Pelancaran tersebut merupakan anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak dan pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Pertanian Sarawak, Integrated Agriculture Development Area (IADA ) Samarahan dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Majlis tersebut telah dilancarkan dengan jayanya oleh Yang Berusaha En. Wan Abdul Latiff Bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia dan turut dihadiri oleh En. Lim Hock Meng, Pegawai Daerah Serian, Dr. Norhazni Binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), En. Marconi Madai, Senior Vice President, HSSE, Sarawak Energy Berhad, En. Jack Anak Liam, Timbalan Pengarah, Jabatan Hutan Sarawak, En.Hamzah Bin Hj. Mohamad, Pengarah, JAS Negeri Sarawak, En. Medan Anak Insol, Pengarah, Integrated Agricultural Development Area (I.A.D.A) Samarahan, Dr Qammil Muzzammil Abdullah, Pensyarah Kanan UNIMAS, ketua-ketua kaum, para pelajar UNIMAS dan pengamal-pengamal media. Sebanyak 370 anak-anak pokok yang terdiri daripada pokok hutan dan pokok buah-buahan telah disumbangkan oleh Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Pertanian Sarawak dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi program tersebut dan beberapa anak pokok buah-buahan telah diserahkan kepada penduduk kampung semasa gimik pelancaran. Maklumat mengenai pencegahan & pemantauan kebakaran tanah gambut turut dikongsikan bersama para peserta dan papan tanda larangan pembakaran terbuka turut telah dipasang di kawasan berhampiran sebagai peringatan kepada orang awam berkaitan larangan pembakaran terbuka. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pemeliharaan dan pemuliharaan yang telah dan akan dijalankan oleh JAS Negeri Sarawak bagi Tahun 2022. INVEST IN OUR PLANET DAN NANTIKAN KESINAMBUNGANNYA PADA MASA AKAN DATANG!!
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup