Penerangan
22 Februari 2022, TAIPING – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menganjurkan bengkel penyediaan dokumentasi bagi program-program penganugerahan lestari sempena Hari Alam Sekitar Negara 2022 Peringkat Negeri Perak pada hari ini di Taiping.
Bengkel tersebut yang dijadualkan akan berlangsung sehingga 24 Februari 2022 telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Encik Abdul Aziz Bin Parmin. Turut hadir bersama di dalam bengkel ini termasuklah Ketua-ketua Program Penganugerahan Lestari JAS Perak dan agensi berkepentingan seperti wakil dari Jabatan Agama Islam Negeri Perak serta Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma).