Penerangan
7 Februari 2022, MANJUNG – Satu langkah yang terpuji wajar diberikan kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Syarikat Edsha Solutions Sdn Bhd di atas kejayaan menganjurkan program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) untuk komuniti Manjung pada hari ini bertempat di Seri Manjung.
Sokongan dari orang ramai amat memberangsangkan dan telah berjaya memungut lebih kurang 4 tan e-waste melalui program tersebut. Antara barang e-waste yang berjaya dikumpulkan termasuklah peralatan komputer, penghawa dingin, mesin basuh, televisyen dan peralatan elektronik untuk kegunaan di rumah.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak amat menyokong program pengumpulan e-waste ini diadakan di setiap daerah dan kawasan oleh pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, premis-premis industri, badan bukan kerajaan serta individu bagi membantu masyarakat melupuskan e-waste mengikut kaedah yan betul dan selamat.
"E-Waste Dikitar, Bumi Terpelihara"