PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Rakan Alam Sekitar (RAS)

Tinjauan Lokasi Program “1 RAS 1 POKOK”

JAS SARAWAK 10/02/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Tinjauan Lokasi Program “1 RAS 1 POKOK”
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
10/02/2022
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

26 Januari 2022, Serian – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak telah mengadakan tinjauan lokasi bagi program “1 RAS 1 Pokok” di Kampung Lubok Ria, Serian.

Turut hadir ialah wakil-wakil dari Sarawak Energy Berhad (SEB), Jabatan Hutan Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan para penduduk dari Kampung Lubok Ria.

Tujuan tinjauan diadakan adalah untuk meninjau keadaan lokasi cadangan dan mengadakan perbincangan bersama agensi/institusi terlibat bagi program “1 RAS 1 Pokok” yang dijadualkan diadakan pada bulan Mac yang akan datang.

Turut dibincangkan adalah kesesuaian tanah dan jenis-jenis pokok yang sesuai ditanam di kawasan tersebut.