Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Kempen Penanaman Pokok Sempena Program “1 RAS 1 POKOK” Di Murum Conservation Island Garden, Belaga, Sarawak
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 31/01/2022
- Organisasi
- DOE Sarawak
Penerangan
19 Januari 2022, BELAGA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak telah menyertai satu program penanaman pokok anjuran Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Murum bersempena dengan Kempen “1 RAS 1 Pokok”. Objektif program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar disamping menghargai fungsi ekosistem hutan untuk terus dipelihara.
Pengisian program tersebut adalah melibatkan aktiviti penanaman 10 anak pokok Ensurai (Dipterocarpus oblongifolius) bertempat di Murum Conservation Island Garden. Di samping itu, diadakan juga lawatan tapak ke projek pemuliharaan hutan semulajadi Murum Reservoir yang mana melibatkan penanaman semula pokok-pokok hutan termasuk spesies penting lain seperti Gaharu, Kapur, Keruing, Meranti dan Belian.
Seramai 12 orang peserta telah terlibat menjayakan program ini terdiri daripada kakitangan JAS Negeri Sarawak, wakil Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Murum dan Bakun serta wakil dari Sarawak Energy Berhad.
Program ini telah dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak KKM dan MKN.