Penerangan
28 Disember 2021, IPOH – Majlis Penutup Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021 Peringkat Negeri Perak telah selamat disempurnakan oleh tetamu kehormat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin pada hari ini di Hotel Excelsior dekat sini.
Majlis tersebut turut diserikan dengan penyampaian anugerah kepada pemenang-pemenang bagi pertandingan fotografi alam sekitar yang telah dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bersama-sama Rakan Strategik. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin. Pengisian program yang paling menarik di dalam majlis tersebut adalah pelancaran Coffee Table Book Sambutan Hari Alam Sekitar 2021 Peringkat Negeri Perak dan Penyerahan Watikah Perlantikan Tuan Rumah HASN 2022 Peringkat Negeri Perak.
Hadir bersama di dalam majlis ini adalah Pengarah JAS Perak, YBrs. Haji Rosli Bin Zul, dan seluruh kakitangan JAS Perak. Jemputan yang hadir adalah terdiri daripada agensi kerajaan, industri dan orang perseorangan serta dianggarkan lebih kurang 140 orang.