Penerangan
Tajuk : Majlis Apresiasi Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Kelantan 2021
Tarikh : 25 November 2021
Lokasi : Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah menganjurkan majlis apresiasi untuk meraikan pemenang-pemenang yang telah terlibat dalam pertandingan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Kelantan. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah, Encik Wandi Yadzid bin Haji Yaakob dan Timbalan Pengarah, Mohd Ridhuwan bin Ramli. Majlis dirasmikan oleh YB Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar dan YB Encik Hasni bin Mat Yusof, Pengurus Sumber Manusia, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (PKPB). Terdapat 5 kategori pertandingan yang telah diadakan sepanjang Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Kelantan 2021 iaitu Pertandingan Mewarna Peringkat Sekolah Rendah, Pertandingan Melukis dan Mewarna Peringkat Sekolah Menengah, Pertandingan Poster Peringkat IPT Awam dan Swasta, Pertandingan 1 Ras 1 Pokok dan Pertandingan Video Pendek bertemakan "Green Earth Living". JAS Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan majlis apresiasi sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Kelantan 2021.