Oleh charlie · 30/11/2021 · 0 paparan
6 November 2021, Kuching - Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2021 Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan secara hibrid (fizikal dan maya) di Dewan RPR Batu Kawa Fasa 1, Kuching dengan jayanya. Program ini adalah anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan pihak Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (MUDeNR), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP). Program turut dihadiri oleh ketua/wakil dari agensi/jabatan Persekutuan dan Negeri, Rakan-Rakan Strategik, Rakan-Rakan Media, para peserta program Cintai Alam Virtual Ride dan komuniti setempat secara fizikal dan maya. Antara program yang telah dijalankan adalah: i) Pameran secara virtual; ii) Tayangan video aktiviti-aktiviti sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara; iii) Cabutan Bertuah; iv) Program 1RAS 1Pokok; dan v) Program Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE). Program telah dijalankan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawk (JPBNS) bagi program tersebut, di antaranya adalah pemakaian pelitup muka berganda (double face mask) dan semua peserta diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 kendiri menggunakan RTK Self-Test Kit sebelum majlis dimulakan. “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama” “E-Waste Dikitar Bumi Terpelihara” “Ayuh Kumpul 800Tan E-waste”
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup