Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

MAJLIS APRESIASI  BERSAMA RAKAN STRATEGIK SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2021,DALAM MEMPERKASAKAN PROGRAM-PROGRAM KESEDARAN DAN PENDIDIKAN JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

Oleh za · 29/11/2021 · 0 paparan

Kuala Terengganu, 8 November 2021,   Hari ini, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menganjurkan majlis apresiasi bersama rakan strategik yang terdiri daripada Jabatan Kerajaan ,agensi swasta , badan bukan kerajaan  dan pihak industri. Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu.Memetik daripada ucapan beliau, majlis ini diadakan sebagai menghargai, meraikan kejayaan ,  mengiktiraf kerjasama dan sokongan rakan strategik dalam usaha mempromosikan dan memperkukuhkan pelaksanaan program-proram kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada seluruh lapisan masyarakat di negeri Terengganu. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad@ Mohd dan Ketua Penolong Pengarah , Encik Mohd Norli bin Abdullah. Jemputan yang hadir terdiri daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Perbandaran Kemaman, Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Daerah Kuala Nerus, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu , Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, PETRONAS, Exxonmobil, KT Wan Recycle dan WWF-Malaysia. JAS Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua, semoga komitmen dan usaha-usaha kearah melestarikan alam sekitar akan terus disokong dan dilaksanakan bersama.

Penganjur
DOE Terengganu
Fail / Media (0)
  • Tiada fail.

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS