Oleh norza · 30/11/2021 · 1 paparan

16 November 2021, IPOH – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin telah merasmikan Simposium Kuari dan Kelapa Sawit Lestari sempena Hari Alam Sekitar Negara 2021 Peringkat Negeri Perak yang diadakan pada hari ini. Program yang dijalankan selama satu hari itu telah dihadiri oleh seramai 102 peserta yang menghimpunkan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta pemain industri dalam bidang kuari dan kilang kelapa sawit dari seluruh Negeri Perak.

Penganjuran ini merupakan rentetan daripada program Penganugerahan Kuari Lestari - Anugerah Alam Sekitar dan Kilang Kelapa Sawit Lestari - Anugerah Alam Sekitar yang telah dijalankan sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021 Peringkat Negeri Perak. Sebanyak 36 kuari dan 42 kilang kelapa sawit di Negeri Perak telah menyertai program penganugerahan yang julung-julung kali diadakan ini di mana pemenang-pemenang bagi penganugerahan ini yang telah diumumkan pada 23 Oktober 2021 yang lalu ketika Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021 Peringkat Negeri Perak di Dewan Majlis Daerah Selama dan hadiah telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat, Dato Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak.

Pelaksanaan Simposium Kuari dan Kilang Kelapa Sawit Lestari, Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021 Peringkat Negeri Perak ini berteraskan objektif sebagai Platform untuk memperinci dan penerangan dapatan-dapatan Program Penganugerahan Kuari & Kilang Kelapa Sawit Lestari sebelum ini yang berteraskan sasaran pematuhan menyeluruh komuniti industri ini kepada peruntukan perundangan terutamanya AKAS 1974, platform untuk menerangkan elemen-elemen penambahbaikan serta hala tuju program Kuari & Kilang Kelapa Sawit Lestari di masa hadapan, menggalak lebih banyak industri kuari terlibat di dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar dan mewujudkan kerjasama yang lebih baik dalam konteks pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama di kalangan jabatan kerajaan, sektor industri dan masyarakat keseluruhan.

Simposium ini juga diadakan bersempena Hari Kitar Semula Kebangsaaan yang merupakan sambutan tahunan yang disambut pada tanggal 11 November setiap tahun. Pihak Kerajaan Negeri Perak menerusi Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak giat mempromosikan kempen pengumpulan sisa buangan elektrik dan elektronik (ewaste) di mana sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021 Peringkat Negeri Perak, sebanyak 231.6 Tan Metrik sisa buangan elektrik dan elektronik telah berjaya dikumpul di seluruh Negeri Perak berbanding sasaran 100 Tan Metrik. Ini merupakan satu kejayaan yang sangat membanggakan dan membuktikan komitmen tinggi seluruh rakyat Negeri Perak berganding bahu mendokong hasrat dan aspirasi kerajaan dalam mencapai “Perak Bumi Lestari”.

Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup