Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik Beserta Minyak Masak Terpakai Di Jajahan Tanah Merah, Kelantan

Oleh rusliza · 10/11/2021 · 0 paparan

1 November 2021, Tanah Merah- Satu Pelancaran Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal & Elektronik (E-Waste) Dan Minyak Masak Terpakai Bersempena Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2021 di Dataran bersebelahan Masjid Ismail Petra, Tanah Merah telah diadakan dimana majlis ini dirasmikan oleh  Yang Berhormat, Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Hijau Dan Alam Sekitar. Sambutan Hari Alam Sekitar Negara(HASN) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama - sama kerajaan serta agensi diperingkat persekutuan dan negeri bagi meningkatkan kesedaran dan keperihatinan setiap lapisan masyarakat tentang tanggungjawab dan kepentingan usaha-usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Bertepatan dengan tema sambutannya Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama seperti tahun lalu sebagai melambangkan usaha yang berterusan oleh pihak Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri untuk membudayakan amalan mesra alam dan pembangunan lestari. Oleh itu, Kempen pengumpulan buangan elektrik dan elektrikal (E-Waste) ini merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021 Peringkat Negeri Kelantan. Aktiviti pengumpulan ini juga merupakan aktiviti wajib yang diadakan setiap tahun secara bulanan dengan kerjasama Majlis Daerah Tanah Merah.Turut hadir ke Majlis Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal & Elektronik (E-Waste) Dan Minyak Masak Terpakai 2021 ialah YB Dato’ Hj. Abdul Fattah Bin Hj Mahmood Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, YBhg. En. Mohammad Yusoff Bin Hassan Yang DiPertua Majlis Daerah Tanah Merah, YBhg. En. Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob,Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kelantan, Ketua – Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri dan Penggawa – Penggawa dan Penghulu – Penghulu Tanah Merah. #MalaysiaPrihatin #AlamSekitarTanggungjawabSemua

Penganjur
DOE Kelantan
Fail / Media (16)
  • 20231511172340191.jpg .jpg Buka
  • 20231511172340399.jpg .jpg Buka
  • 20231511172340617.jpg .jpg Buka
  • 20231511172340694.jpg .jpg Buka
  • 20231511172340746.jpg .jpg Buka
  • 20231511172340798.jpg .jpg Buka
  • 20231511172340843.jpg .jpg Buka
  • 20231511172340885.jpg .jpg Buka
  • 20231511172340936.jpg .jpg Buka
  • 20231511172340998.jpg .jpg Buka
  • 20231511172341062.jpg .jpg Buka
  • 20231511172341122.jpg .jpg Buka
  • 20231511172341177.jpg .jpg Buka
  • 20231511172341219.jpg .jpg Buka
  • 20231511172341259.jpg .jpg Buka
  • 20231511172341618.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS