Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

Program Denai Sungai Kebangsaan JAS Cawangan Bintulu, Sarawak Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2021

Oleh charlie · 31/10/2021 · 0 paparan

21 Oktober 2021, BINTULU – JAS Cawangan Bintulu telah melaksanakan Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) Peringkat Bahagian Bintulu bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) tahun 2021. Objektif program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar disamping usaha memastikan kelestarian sungai dan pantai terus terpelihara. Pengisian program tersebut adalah melibatkan aktiviti gotong-royong mengutip sampah di sekitar kawasan Sungai Seruai, Bintulu dan kempen penanaman anak pokok “1 RAS 1 Pokok” di bawah Program Penghijauan Malaysia. Seramai 40 orang peserta telah terlibat menjayakan program ini terdiri daripada agensi kerajaan persekutuan dan negeri iaitu JAS Cawangan Bintulu, Natural Resources and Environment Board (NREB) Bahagian Bintulu, Jabatan Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) Cawangan Bintulu serta wakil pemaju projek di kawasan Perindustrian Tanjung Kidurong. Hasil daripada aktiviti gotong-royong telah berjaya mengumpulkan kutipan sampah-sarap seberat 240 kg. Program ini telah dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak KKM dan MKN.

Penganjur
DOE Sarawak
Fail / Media (10)
  • 20231511172153702.jpg .jpg Buka
  • 20231511172153819.jpg .jpg Buka
  • 20231511172153932.jpg .jpg Buka
  • 20231511172154053.jpg .jpg Buka
  • 20231511172154149.jpg .jpg Buka
  • 20231511172154249.jpg .jpg Buka
  • 20231511172154345.jpg .jpg Buka
  • 20231511172154427.jpg .jpg Buka
  • 20231511172154470.jpg .jpg Buka
  • 20231511172154556.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS