Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

Program Kesedaran Dan Ceramah Pengurusan Buangan Klinikal Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021

Oleh charlie · 31/10/2021 · 0 paparan

24 September 2021, Bintulu – Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bintulu dengan kerjasama Colombia Asia Hospital Bintulu telah mengadakan satu program kesedaran alam sekitar secara atas talian bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pengurusan buangan klinikal yang efisien di ‘healthcare facilities’ dan tanggungjawab penjana buangan terjadual mengikut perundangan terutamanya semasa tempoh pandemik Covid-19 ini. Pengisian program melibatkan sesi ceramah bertajuk "Pengurusan Buangan Klinikal di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005" dan telah disampaikan oleh Encik Abdul Mazli Hafiz Abdul Malik dari Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bintulu. Selain itu, turut diadakan juga sesi hands-on sistem pelaporan online buangan terjadual JAS iaitu electronic Scheduled Waste Information System (e-SWIS). Seramai 46 orang peserta yang terdiri daripada pihak pengurusan dan kakitangan Colombia Asia Hospital Bintulu telah terlibat menghadiri program secara atas talian berkenaan.

Penganjur
DOE Sarawak
Fail / Media (6)
  • 20231511172153446.jpg .jpg Buka
  • 20231511172153483.jpg .jpg Buka
  • 20231511172153510.jpg .jpg Buka
  • 20231511172153552.jpg .jpg Buka
  • 20231511172153590.jpg .jpg Buka
  • 20231511172153634.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS