Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

Operasi Pemeriksaan Bersepadu Kenderaan Bermotor (Ops Gerak) Sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sarawak Dan Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Tahun 2021

Oleh charlie · 31/10/2021 · 0 paparan

24 Sept 2021, Serian – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak telah melaksanakan Operasi Pemeriksaan Bersepadu Kenderaan Bermotor (Ops Gerak) bersempena Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sarawak Dan Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Tahun 2021 dengan tema Sambutan Hari Ozon Sedunia pada tahun ini “Montreal Protocol-Keeping Us, Our Food and Vaccines Cool”. Ops Gerak tersebut telah dilaksanakan selama 5 hari bermula 20 – 24 September 2021 dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ops Gerak melibatkan operasi statik di Jalan Kuching-Serian Bypass, Jalan Kuching-Samarahan Expressway, Batu 16, Jalan Kuching - Serian, Jalan Keruing, Demak Laut Industrial Park dan di Stesen Timbang JPJ, Jalan Kuching-Serian. JAS Negeri Sarawak telah menjalankan pemeriksaan visual ke atas 1,378 tertumpu kepada kenderaan berenjin diesel. Manakala PDRM, JPJ dan AADK turut memeriksa kenderaan dan pemandu mengikut bidang kuasa agensi masing-masing. Selain dari memeriksa kenderaan berenjin diesel bagi memastikan pelepasan dari ekzos mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, (Pindaan) 2000, risalah berkaitan perlindungan lapisan ozon juga turut diedarkan kepada pengguna jalan raya. Sidang media telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Hamzah Bin Hj. Mohamad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh En. Jaddyson Anndy Ak Ameng, Ketua Penolong Pegawai Penguatkuasa JPJ Cawangan Serian, Pn. Eva Ak Lichok, Penolong Pegawai AADK Serian, dan Tuan Malvin Andrew, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Serian.

Penganjur
DOE Sarawak
Fail / Media (10)
  • 20231511172152221.jpg .jpg Buka
  • 20231511172152329.jpg .jpg Buka
  • 20231511172152430.jpg .jpg Buka
  • 20231511172152454.jpg .jpg Buka
  • 20231511172152692.jpg .jpg Buka
  • 20231511172152905.jpg .jpg Buka
  • 20231511172152960.jpg .jpg Buka
  • 20231511172153018.jpg .jpg Buka
  • 20231511172153130.jpg .jpg Buka
  • 20231511172153216.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS