Oleh charlie · 31/10/2021 · 0 paparan
23 Sept 2021, Kuching – Hari keempat Operasi Pemeriksaan Bersepadu Kenderaan Bermotor (Ops Gerak) telah dijalankan di Jalan Keruing, Kuching pada hari ini oleh JAS Negeri Sarawak dengan kerjasama Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching. Pemeriksaan pelepasan asap hitam dari kenderaan berenjin diesel telah dijalankan oleh JAS Negeri Sarawak dengan pemeriksaan visual ke atas 289 kenderaan dan 13 kenderaan telah diuji dengan ujian meter. 1 kompaun dan 1 notis arahan telah dikeluarkan ke atas kenderan yang diuji. Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching turut menahan beberapa buah kenderaan dengan pelbagai kesalahan trafik. Seramai 11 orang pegawai dari JAS Negeri Sarawak dan 12 orang pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah terlibat menyertai operasi pada hari ini. OPS GERAK ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan pelepasan asap daripada kenderaan bermotor mematuhi PPKAS (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup