Oleh charlie · 31/10/2021 · 0 paparan
22 Sept 2021, Padawan – Hari ketiga Operasi Pemeriksaan Bersepadu Kenderaan Bermotor (Ops Gerak) telah diadakan di Jalan Kuching-Serian Batu 16, Padawan pada hari ini oleh JAS Negeri Sarawak dengan kerjasama Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan. Pemeriksaan pelepasan asap hitam dari kenderaan berenjin diesel telah dijalankan oleh JAS Negeri Sarawak dengan pemeriksaan visual ke atas 441 buah kenderaan dan 6 buah kenderaan telah diuji dengan ujian meter. Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan turut menahan beberapa buah kenderaan dengan pelbagai kesalahan trafik. Seramai 9 orang pegawai dari JAS Negeri Sarawak dan 12 orang pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan telah terlibat menyertai operasi pada hari ini. Ops Gerak ini akan diteruskan daripada semasa ke semasa bagi memastikan pelepasan asap daripada kenderaan bermotor mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup