Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

Majlis Perasmian Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2021

Oleh charlie · 31/10/2021 · 0 paparan

28 September 2021, Kuching – Majlis Perasmian Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2021 telah diadakan dengan jayanya oleh JAS Negeri Sarawak pada hari ini secara atas talian. Majlis yang telah dirasmikan oleh En. Hamzah Bin Hj. Mohamad, Pengarah JAS Negeri Sarawak ini turut dihadiri oleh Rakan-Rakan Strategik, Rakan-Rakan Media, para peserta program “Ozone For Life Virtual Run” dan kakitangan JAS Negeri Sarawak. Pengisian program adalah melibatkan pameran yang dijalankan secara virtual, tayangan montaj Hari Ozon Sedunia 2021 dan tayangan video program-program yang telah dijalankan sempena sambutan Hari Ozon Sedunia 2021. Majlis turut dimeriahkan dengan pengumuman para pemenang ‘Sayangi Alam Sekitarku Photo Contest’ dan juga cabutan bertuah kepada para peserta. Pengarah JAS Negeri Sarawak menyeru semua pihak agar memainkan peranan masing-masing di dalam usaha-usaha perlindungan lapisan ozon dengan mengambil bahagian dalam aktiviti kesedaran perlindungan lapisan ozon dan seterusnya mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang boleh mengancam dan menipiskan lapisan ozon, menggunakan sumber dengan lestari serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Penganjur
DOE Sarawak
Fail / Media (14)
  • 20231511172150115.jpg .jpg Buka
  • 20231511172150137.jpg .jpg Buka
  • 20231511172150153.jpg .jpg Buka
  • 20231511172150183.jpg .jpg Buka
  • 20231511172150207.jpg .jpg Buka
  • 20231511172150232.jpg .jpg Buka
  • 20231511172150259.jpg .jpg Buka
  • 20231511172150289.jpg .jpg Buka
  • 20231511172150315.jpg .jpg Buka
  • 20231511172150334.jpg .jpg Buka
  • 20231511172150356.jpg .jpg Buka
  • 20231511172150436.jpg .jpg Buka
  • 20231511172150466.jpg .jpg Buka
  • 20231511172150501.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS