Oleh za · 27/10/2021 · 0 paparan
Kuala Terengganu, 19 Oktober 2021. Geng Plastik Ija (Badan Bukan Kerajaan) bersama-sama persatuan dan komuniti setempat di mukim Chendering, daerah Kuala Terengganu telah berjaya menganjurkan Program Bersih Pantai Pandak yang merupakan kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Program ini telah dianjurkan oleh Qariah Masjid AlFurqan, empat (4) Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Pantai Pandak, Kg. Batu 6, Kg. Chendering Pantai dan Kampung Aur serta Geng Plastik Ija (Badan Bukan Kerajaan) dan telah mendapat sokongan dan penyertaan daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Menurut pihak penganjur, program ini juga diadakan bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara yang bakal disambut di seluruh Negara pada 21 Oktober ini. Jabatan Alam Sekitar Nergeri Terengganu merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyokong usaha-usaha JAS yang sentiasa komited dengan slogan “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup