Oleh za · 27/10/2021 · 0 paparan
Kuala Terengganu, 13 Oktober 2021. WWF-Malaysia bersama-sama persatuan komuniti setempat di daerah Setiu, telah berjaya menganjurkan kempen pengumpulan e-waste. Program ini yang bermula sejak 4 Oktober lalu dan berakhir pada 11 Oktober 2021 telah mendapat sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan kerjasama daripada Persatuan Sahabat Setiu, Kelab Belia Padang Jejawi, Pusat Kraf Perkembangan Wanita Kg. Beris Tok Ku dan Rumah Pewanis, Kg. Mangkok. Program ini turut mendapat kerjasama Syarikat KT Wan Recycle iaitu premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu bagi menyediakan kemudahan pengangkutan dan kemudahan pemerolehan kembali separa e-waste. Jabatan Alam Sekitar Nergeri Terengganu merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen ini, sekaligus menyokong usaha JAS dalam memastikan pengurusan e-waste dilaksanakan mengikut kaedah yang betul dan selamat.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup