Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia|Rakan Alam Sekitar (RAS)

WEBINAR SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2021, JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU

Oleh za · 28/09/2021 · 0 paparan

Kuala Terengganu, 28 September 2021. Hari ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah Berjaya menganjurkan webinar bertajuk “Pemeliharaan Lapisan Ozon Tanggungjawab Bersama” Pemilihan tajuk oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, selaku urusetia bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang isu penipisan lapisan ozon dan perubahan iklim disebabkan oleh penggunaan bahan pemusnah lapisan ozon dan hydroflorocarbon (HFC). Ini juga bertepatan dengan tema sambutan Hari Ozon Sedunia 2021 adalah <strong>“ Keeping Us, Our Food  and Vaccinate Cool” </strong> <strong> </strong>YBrs. Encik Zakaria  bin Ahmad @ Mohd, Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu  telah meyampaikan ucapan aluan dalam program ini. Tiga ahli panel dijemput iaitu   Puan Wan Mariam binti  Wan Abdullah,Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu, Encik  Muhamad Fadli Bin Shikh Awadz,Pegawai Projek bagi Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC Peringkat II (HPMP II) di Seksyen Perlindungan Ozon, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat dan Puan Nur Syahirah binti Wahab Pegawai Program (Pemantauan Guna Tanah dan Ancaman) Setiu Wetlands, Program Konservasi Air Tawar, WWF-Malaysia.  Webinar ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan, JAS Terengganu sebagai moderator. <strong> </strong>Seramai 150 orang yang berjaya menyertai program ini daripada 200 orang yang mendaftar  secara atas talian. Peserta terdiri dari pihak industi, kakitangan kerajaan, badan bukan kerajaan,  pelajar institut pengajian tinggi,  guru-guru, pelajar-pelajar serta orang awam yang diwakili oleh pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKPP) di negeri ini. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas komitmen dan sokongan semua pihak dalam menjayakan webinar ini.

Penganjur
DOE Terengganu
Fail / Media (14)
  • 20231511172121245.jpg .jpg Buka
  • 20231511172121291.jpg .jpg Buka
  • 20231511172121328.jpg .jpg Buka
  • 20231511172121447.jpg .jpg Buka
  • 20231511172121584.jpg .jpg Buka
  • 20231511172121624.png .png Buka
  • 20231511172121908.jpg .jpg Buka
  • 20231511172121952.jpg .jpg Buka
  • 20231511172121993.jpg .jpg Buka
  • 20231511172122045.jpg .jpg Buka
  • 20231511172122095.jpg .jpg Buka
  • 20231511172122160.jpg .jpg Buka
  • 20231511172122198.jpg .jpg Buka
  • 20231511172122235.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS