Oleh za · 28/09/2021 · 0 paparan
Kuala Terengganu, 27 September 2021. Hari ini, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Puan Maisarah binti Mohd Nor telah ke udara dalam rancangan “Manis-Manis Pagi” di radio Manis FM. Program kerjasama dengan Manis. fm sebagai rakan strategik ini bertujuan untuk menguar-uarkan aktiviti-aktiviti Jabatan Alam Sekitar yang telah, sedang dan akan dianjurkan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2021, Peringkat Negeri Terengganu. Pada rancangan ini juga, orang awam dijemput untuk terlibat secara langsung melalui program-program dan pertandingan-pertandingan yang sedang dianjurkan iaitu program tanam pokok, Denai Sungai Kebangsaan (DSK), Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Webinar Pemeliharaan Lapisan Ozon, Tanggungjawab Bersama, pada 28 September 2021, kuiz di radio dan Pertandingan mencipta Puisi Alam Sekitar yang telah bermula pada 23 September 2021 dan akan ditutup penyertaan pada 10 Oktober 2021. Orang awam boleh mendapatkan informasi terkini, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu melalui pautan berikut: https://www.facebook.com/doe.gov.my/
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup