Oleh za · 28/09/2021 · 0 paparan
Kuala Terengganu, 20 September 2021- Hari ini, Aktiviti Tanam Pokok, Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) di Sungai Kertih telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan, Badan Bukan Kerajaan dan komuniti setempat. Program yang dianjurkan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia 2021 bertujuan untuk menggalakkan aktiviti berasaskan alam sekitar, seperti berkelah, memancing dan berbasikal dalam kalangan komuniti setempat, sekali gus menghalang pihak tidak bertanggungjawab menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa yang akhirnya menyebabkan pencemaran. Program ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili, Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Infrastruktur,Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau, merangkap ADUN Kawasan Kemasik/Kerteh. Kehadiran jemputan di lokasi telah disambut oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu bersama-sama dengan Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Encik Mohd Norli bin Abdullah. Jabatan dan agensi yang turut serta dalam menjayakan program ini terdiri daripada wakil Majlis Perbandaran Kemaman, Jabatan Perhutanan Negeri, Che Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman, Pengurus Besar Petronas Pantai Timur dan Pengurus Pusat Pendidikan Alam Sekitar eCocare, Kerteh serta komuniti setempat. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup