Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia|Rakan Alam Sekitar (RAS)

JAS BERJAYA MENGANJURKAN PROGRAM TANAM POKOK DENAI SUNGAI KEBANGSAAN (DSK) DI SUNGAI SETIU DENGAN KERJASA PELBAGAI PIHAK-JAS TERENGGANU

Oleh za · 24/09/2021 · 0 paparan

Kuala Terengganu, 12 September 2021-  Hari ini, Aktiviti Tanam  Pokok, Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) di Sungai Setiu telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan, Badan Bukan Kerajaan dan komuniti setempat.  Program ini juga dianjurkan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia 2021 yang bakal disambut pada 16 September 2021. Program ini  telah dihadiri oleh Yang Berhormat Ustaz Ahmad Shah bin Muhamed , Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar  bersama Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Permaisuri, Ustaz Zul Bhari bin A Rahman. bagi menyokong usaha-usaha JAS Terengganu dalam program ini. Kehadiran  jemputan di lokasi telah disambut oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu  bersama-sama  dengan Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Encik Mohd Norli bin Abdullah. Jabatan dan agensi yang turut serta dalam menjayakan program ini terdiri daripada  wakil Pejabat Daerah Setiu,  Majlis Daerah Setiu, Polis Daerah Setiu,  Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri, Pegawai Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Digital, WWF Malaysia ,Bahagian Projek di Setiu serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (J{KK) Kg. Mangkok . Kewujudan denai sungai ini akan menggalakkan aktiviti berasaskan alam sekitar, seperti berkelah, memancing dan berbasikal dalam kalangan komuniti setempat, sekali gus menghalang pihak tidak bertanggungjawab menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa yang akhirnya menyebabkan pencemaran. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini.

Penganjur
DOE Terengganu
Fail / Media (22)
  • 20231511172105642.jpg .jpg Buka
  • 20231511172105737.jpg .jpg Buka
  • 20231511172105826.jpg .jpg Buka
  • 20231511172105930.jpg .jpg Buka
  • 20231511172106005.jpg .jpg Buka
  • 20231511172106089.jpg .jpg Buka
  • 20231511172106196.jpg .jpg Buka
  • 20231511172106265.jpg .jpg Buka
  • 20231511172106348.jpg .jpg Buka
  • 20231511172106434.jpg .jpg Buka
  • 20231511172106531.jpg .jpg Buka
  • 20231511172106624.jpg .jpg Buka
  • 20231511172106693.jpg .jpg Buka
  • 20231511172106765.jpg .jpg Buka
  • 20231511172106839.jpg .jpg Buka
  • 20231511172106914.jpg .jpg Buka
  • 20231511172106991.jpg .jpg Buka
  • 20231511172107065.jpg .jpg Buka
  • 20231511172107146.jpg .jpg Buka
  • 20231511172107222.jpg .jpg Buka
  • 20231511172107273.jpg .jpg Buka
  • 20231511172107349.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS